Wednesday 24 September 2014

Perkenalan semula-Entry satu

 Bismillah,

Assalamualaikum,

Nama penuh saya Farhana bt Zainal Abidin. dilahirkan di Ipoh,Perak, Merupakan anak bongsu kepada empat adik beradik. Berpendidikan agama semasa di sekolah rendah iaitu di Sek. Ren. Al-Hidayah, kemudian beralih ke sekolah kebangsaan Raja Perempuan, Ipoh (1998-2000) dan MRSM Pendang (2000-2002) . Sepanjang bersekolah, saya lebih dikenali sebagai pelajar tinggi lampai yang putih-putih kulitnya. hehe.. Memori saya semasa disekolah banyak saya luangkan bermain bola jaring, bersembang dengan rakan, belajar lewat malam pada malam sebelum peperiksaan, menulis nota sehingga kebas tangan dan banyak lagi, tak mungkin boleh diceritakan panjang-panjang disini.

Walaupun tidak tercapai impian memegang segulung ijazah ketika belajar di universiti, tetapi saya bertemu jodoh ketika belajar disana. Selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2009, saya menjadi ibu selepas setahun berkahwin. Kini saya bahagia menjadi ibu kepada sepasang anak lelaki dan perempuan.

Kini, saya merupakan seorang ibu yang berkerja dari rumah. Saya berkerja sebagai kerani akaun untuk syarikat Track Empire sdn. bhd. milik keluarga saya. Alhamdulillah, selama 2 tahun berkerja sebagai WAHM saya banyak belajar erti berdikari. disamping itu juga saya adalah Distributor Shaklee. baru bermula pada bulan mei tahun 2014. masih baru belajar berniaga dengan produk kesihatan. saya jadikan  web Vitaminfairy.com sebagai platform untuk bisnes ini.

saya mendaftar sebagai pelajar Masayu Ahmad untuk mengetahui lebih mendalam lagi dunia blogging. pernah mengelurkan entry sebelum ini di blog mama fana ini tetapi saya padamkan kerana fokus itu lebih kepada produk shaklee. di dalam blog yang baru ini saya mahu lebih fokus kepada projek belajar dari rumah pula ataupun dalam english disebut sebagai homeschooling.

saya berharap saya dapat memanfaatkan ilmu yang saya perolehi didalam blog ini, semoga saya berjaya selesaikan cabaran 44 entry yang diberikan oleh Masayu ahmad buat pelajarnya yang tertinggal lama ini.


Fana Zainal

farhanazainal0@gmail.com

Entry satu. (berbaki 43 entry)