Sunday 2 November 2014

Anak diserang cirit birit.

Masuk hari ini, hari ke 3 anak sulung saya cirit birit. Sudah biasa dengan situasi ini, kami hanya pantau saja perkembangan dia dan memastikan dia sentiasa cukup air.

Kami syak disebabkan air kurang bersih di hotel yang kami menginap 3 hari lepas.
Saya juga merasa tempias cirit birit selepas pulang.

2 hari kami sekeluarga terlantar berulang ke bilik air.
Suami saya berkerja pada hujung minggu yang lepas, jadi dialah tukang pembeli lauk makan tengah hari kami sepanjang hujung minggu itu.

Walau letih, saya gagah juga mencoret pelan untuk perniagaan saya bagi bulan november.

Pelan pemasaran penting untuk saya pantau dimana tahap saya berada.
Meletakkan target bulanan untuk jualan supaya mudah untuk saya fokus menjual.

Oleh kerana anak cirit birit, saya bawa dia duduk bersama saya di ruang SOHO saya untuk memudahkan dia ke toilet tanpa gangguan.

Melihat dia petah bercakap kadang kala buat saya hilang fokus. Namun ini yang saya perlu atasi demi keluarga.
Sementara berkerja anak saya melukis, membaca buku, sambil menunjuk gambar buku tersebut pada saya.

Semakin petah bercakap, dan mulai menunjuk minat bercakap bahasa melayu. Saya berharap dapat meneruskan semangat dalam mendidiknya.