Showing posts with label catatan aktiviti anak. Show all posts
Showing posts with label catatan aktiviti anak. Show all posts

Saturday, 18 October 2014

Belajar sambil bermain di tasik

Hari ini jikalau pada hari kebiasaan, kami mungkin hanya duduk lepak sahaja di rumah, dan suami saya pergi kerja dan pulang ke rumah dalam keadaan penat.
Namun, suami terus mengajak saya membawa anak-anak untuk menemani dia ke tempat kerjanya hari ini. 

Hari ini suami saya memantau pertandingan memancing yang berlangsung di taman tasik. kami bertolak pada puku 815 pagi dari rumah. memandangkan suami tidak memandu, dia punya banyak masa bersama anak-anak. hari ini istimewa, kerana seingat saya suami tidak suka membawa kami ke tempat kerjanya kerana tidak mahu memenatkan anak dan isterinya, disamping dia tidak punya banyak masa untuk membantu saya memantau anak ketika ditempat kerja.

Oleh kerana hanya esok malam dia akan berangkat ke luar negara selama seminggu, maka dia mahu menghabiskan masa sebanyak mungkin bersama anak-anak.

Tasik titiwangsa, sesampai kami disana, anak perempuan saya berusia 3 tahun akan terus membawa diri. Kebiasannya dia akan pergi bermain pasir atau tanah, mencabut rumput hijau, mengutip daun kering dan hanya sekadar berjalan sahaja sambil melihat pokok sekeliling. Inilah kesukaan anak perempuan saya. Baginya taman permainan tidak seseronok taman bunga atau hutan. 

Mengumpul ranting kayu, mengorek tanah dan sekadar berlari ditanah lapang buat dia sungguh gembira. Berada di tempat awam sebegini membuatkan saya sebagai ibu terpaksa lebih berjaga-jaga. Mengetahui sikap saya yang kadang kala akan mudah terlepa ketika fokus terhadap sesuatu maka saya cuba fokuskan perhatian saya kepada anak perempuan saya.

Manakala anak lelaki saya yang berumur 1 tahun pula lebih suka memanjat kotak botol minuman yang bertimpa di bawah khemah yang tersedia di pertandingan memancing tersebut. Apabila lagu yang rancak diputarkan, anak saya yang ketika itu sedang berjalan akan berhenti dan menghayun badan mengikut rentak sambil melayan lagu sehingga tamat. Melihat telatahnya itu membuatkan kami ketawa lucu dengan kelakunya. 

Sepanjang masa berada disana, anak perempuan saya banyak menjelajah kawasan taman dengan ditemani oleh abahnya. Semasa mereka berduaan saya berada dibawah khemah menemani si adik yang bermesra dengan rakan pejabat suami. oleh kerana adik massih bayi, maka waktu bermainnya tidak lama seperti kakak, dan sebelum kami pulang, adik sempat tidur selama 30 minit di dalam gendongan mama.

Separuh hari kami disana sekali sekala kakak akan datang berehat untuk makan dan minum bersama mama. Selepas waktu penyampaian hadiah, kami pulang dan kakak terus tidur sehingga sampai rumah.

Hari kami berakhir dengan anak-anak kepenatan selepas bermain sepanjang hari.

Sunday, 12 October 2014

Minat homeschool


Saya berminat dengan homeschool dua tahun yang lepas, selepas saya menjadi seorang WAHM. saya sukakan konsep homeschool yang tidak tersekat dalam menggali ilmu. Disebabkan itu saya bertekad mahu menyekolahkan anak saya sendiri.

Di Malaysia homeschooling semakin bercambah dan ada juga institusi yang mengggelar pusat mereka sebagai homeschool. Walaupun institusi berbayar itu mengajar tidak lebih dari sepuluh orang dalam satu kelas tetapi ia bukanlah hoemschooling. Terma homeschooling ialah belajar dari rumah, pembelajaran berbayar yang bukan dari rumah tidak boleh dianggap sebagai homeschooling.

Namun saya masih mencari-cari cara yang sesuai untuk pembelajaran anak saya yang berumur 1 dan 3 tahun.
Dari pemerhatian, si kakak lebih menyukai bermain sambil menyoal soalan. Sebagai contoh, sambil bermain kereta, dia akan bertanya kepada saya, apa warna kereta yang ditunjuknya.

Si adik lebih mudah menangkap dengan permainan yang berlagu. Lagu nurseri seperti old macdonald dan twinkle twinkle little star.

Sepanjang homeschool, saya dapati anak-anak cepat belajar apabila mereka menunjukkan minat. Saya hanya perlu menjadi anak murid mereka kerana anak  saya belajar dengan mengajar seseorang iaitu saya.

Perkara baru banyak saya tunjuk atau diajar melalui rancangan kanak-kanak.
Melalui proses ulangan hampir setiap hari anak-anak berlatih mengingati sesuatu perkara.