Sunday 12 October 2014

Minat homeschool


Saya berminat dengan homeschool dua tahun yang lepas, selepas saya menjadi seorang WAHM. saya sukakan konsep homeschool yang tidak tersekat dalam menggali ilmu. Disebabkan itu saya bertekad mahu menyekolahkan anak saya sendiri.

Di Malaysia homeschooling semakin bercambah dan ada juga institusi yang mengggelar pusat mereka sebagai homeschool. Walaupun institusi berbayar itu mengajar tidak lebih dari sepuluh orang dalam satu kelas tetapi ia bukanlah hoemschooling. Terma homeschooling ialah belajar dari rumah, pembelajaran berbayar yang bukan dari rumah tidak boleh dianggap sebagai homeschooling.

Namun saya masih mencari-cari cara yang sesuai untuk pembelajaran anak saya yang berumur 1 dan 3 tahun.
Dari pemerhatian, si kakak lebih menyukai bermain sambil menyoal soalan. Sebagai contoh, sambil bermain kereta, dia akan bertanya kepada saya, apa warna kereta yang ditunjuknya.

Si adik lebih mudah menangkap dengan permainan yang berlagu. Lagu nurseri seperti old macdonald dan twinkle twinkle little star.

Sepanjang homeschool, saya dapati anak-anak cepat belajar apabila mereka menunjukkan minat. Saya hanya perlu menjadi anak murid mereka kerana anak  saya belajar dengan mengajar seseorang iaitu saya.

Perkara baru banyak saya tunjuk atau diajar melalui rancangan kanak-kanak.
Melalui proses ulangan hampir setiap hari anak-anak berlatih mengingati sesuatu perkara.


No comments:

Post a Comment