Sunday 12 October 2014

Tumpahnya air


Di entri yang lepas saya, saya bersungut mengenai anak saya sulung sering kali terlupa memberitahu hendak membuang air kecil sehingga sudah terlewat baru saya menyedari. Keadaan bertambah menguji lagi dengan si adik yang gembira bermain dengan air buang kakaknya.

Keadaan ini berulang selama 3 hari berturut-turut, walaupun berulang kali diingatkan dan percayalah, keadaan yang remeh ini membuatkan saya letih. Letih kerana perlu memasang telinga, letih juga mengingatkan diri untuk ingatkan anak 3 tahun itu supaya beritahu mamanya jika sudah membuang di bekas "potty".

Sehingga pada dua hari lepas, saya mendapat ilham, untuk meletakkan "potty" anak saya dibelakang pagar yang menghalang laluan ke tandas. Harapan saya apabila anak saya nampak "potty" itu dia akan memanggil saya untuk menggunakannya.

Taktik ini berkesan kerana selepas itu saya terus mengajar anak saya menggunakan tandas dari menggunakan "potty". Nampaknya anak saya lebih gemar cara begini dan ia membuatkan saya kurang tertekan lagi.

Masalah yang timbul nampaknya selesai dan saya gembira dengan perubahan anak yang nampak semakin matang.  Anak saya juga gembira dengan perubahan itu dan dia lebih suka berdikari sekarang.

No comments:

Post a Comment