Friday 10 October 2014

Berserah sahaja


Hari ini mula dengan lambat, pukul 9 baru bangun. Seronok juga bila jadi WAHM tak payah pasang alarm nak bangun dah. Hanya guna alarm badan sahaja yang berfungsi. Bila celik, celik saja.

Semua benda perlu siap segera, bangun lambat, pinggan dalam dapur yang dari malam tadi tak berbasuh perlu dibasuh dulu, anak-anak baru bangun sedang duduk melayan hilang mamai. Mama buat sibuk dengan kehulu kehilir seperti lipas kudung. Sesekali adik menangis mahu perhatian.
Persiapkan anak-anak untuk mandi selepas diri sendiri mandi, kemudian kami bersarapan. Hari ini sarapan roti telur bakar. Sedang mama kusyuk membakar roti, adik menangis terjatuh tergelincir, melihat lompokan air kencing kakak yang banyak dilantai berdesup darah naik. Mula berceramah dengan nada marah pada kakak, masakan tidak bengang mama, dia sejak pandai kencing sendiri ini tidak mahu bercakap langsung bila sudah kencingnya. Tambahan si adik mula berminat hendak ambil tahu hal pembuangan peribadi kakaknya.

Marah mama belum reda lepas melihat kakak masih tiada respon terhadap ceramah mama, sesekali dikilas tengok mama dengan wajah takut. Dalam hati walau kesian tetapi geramku masih berbaki terhadap kejadian tadi.

Kembali menyudahkan kerja membakar selepas mencuci lantai, perut mula berkeroncong kuat, tangan mula menggeletar, tak tahu sebab marah tadi atau kelaparan. Segera memotong roti telur untuk anak-anak dan jus untuk mereka hirup.

Mama hanya ambil baki roti bakar yang hangus dan segelas air kosong. Lantas pergi menjauhkan diri dari anak-anak mahu menghilangkan perasaan marah berbaki tadi. Selepas diisi perut, mama melayan cerita online yang tidak tahu apa yang diceritakan, lebih kepada untuk membuang masa sambil makan sahaja.

Kemudian hari diteruskan seperti biasa, dan sebelum matahari labuh kejadian pagi tadi berulang sebanyak tiga kali dengan adik basah bersama air kencing kakak. Penat mama seharian berkerja dan berkejar ke tandas dan ruang tamu bersama adik dikendong sebelah tangan. Kakak seperti biasa membatu, mama seperti biasa berceramah sehingga kering tekak.

Hari sudah usai malam, kakak pon Nampak letih, tetapi tidak mahu tidur lagi. Adik sudah berlabuh didunia mimpinya. Sambal menunggu kakak untuk tidur, mama sambung membuat poster untuk kerja mama. Mata hamper mahu pejam kakak makin ligat, sekali lagi mama berceramah dan terus menutup lampu dan tv tanda mahu kakak berhenti berligat. Mengundur diri ke bilik bacaan dan menyambung kerja poster lagi sambal menunggu kakak betul-betul lena.

Tengah malam baru mama masuk tidur.
Hari ini sememangnya penuh dugaan, suami berkerja sepanjang minggu tidak dapat pulang, anak-anak tak keruan sebab tak dapat main bersama abahnya.  

Teruskan sahaja, hari ini sebagai pengajaran untuk hari esok yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment